Mahasiswa oh Mahasiswa....
Semasa saya menjenguk ke laman blog sahabat saya, saya tertarik dengan isu yang dikemukakan iaitu peranan mahasiswa dalam mendekati muda-mudi yang bermasalah...
Peranan mahasiswa adalah luas. Bukan sekadar belajar untuk mendapatkan segulung sijil sahaja tapi peranan sosial mereka dalam membentuk masyarakat. Mahasiswa adalah ikon masyarakat. Tapi, apa yang saya dapat lihat peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mahasiswa dalam membentuk masyarakat ke arah yang betul telah menyimpang. Sebaliknya mereka pula yang memainkan peranan dalam membentuk masyarakat yang bermasalah. Saya amat sedih dan malu dengan keadaan sekarang ni. Mahasiswa yang dikatakan mempunyai tahap intelektual yang tinggi turut sama terlibat dalam masalah sosial seperti perlakuan zina, dadah, arak dan sebagainya. Mahasiswa yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat akhirnya menjadi contoh "terbaik" dalam arena gejala sosial. Apa yang menyedihkan lagi adalah melibatkan sebuah kaum yang termaktub identitinya dalam perlembagaan Malaysia dan agama yang dianutinya juga menjadi agama rasmi negara Malaysia. Apa sudah jadi? Inilah yang dikatakan walau setinggi mana kamu belajar kalau tidak disertakan dengan akhlak yang baik tiada gunanya. Sama-sama kita renungkan hal ini.
3 comments:
salam...firdaus..jom kita rangka modul kerohanian and hantar kat KBS..sebab apabila MPP berjumpa dengan Tan Sri Muhyidin Yasin..kementerian yg bertggjawab dalam meningkatkan sakhsiah dan moral belia adalah KBS..sukan,kebudayaan and kesenian dah cantik..power lagi..kalau tambah satu lagi memang SOLID MOLID...
rasanya xder masalah untuk kita rangka modul tu...apa kata balik kampus nnti kita cuba bncgkan hal ni..
salam...
kaedah lain utk menunjukkan mahasiswa lebih komited dlm gejala sosial yg melanda remaja dewasa kini adalah dengan kaedah kerja lapangan..
ikuti kerja lapangan yg sy telah buat bersama mfrstudio dalam mendekati remaja bermasalah:
http://www.youtube.com/view_play_list?p=82482C3C1CC3418E
Post a Comment