Hakim Syarie Tak Terikat Mahkamah Lebih Tinggi

Dipetik daripada Artikel Oleh Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia


DI mahkamah sivil, doktrin duluan mengikat atau lebih terkenal di kalangan peguam sebagai stare decisis adalah suatu kaedah di mana prinsip keputusan sesebuah mahkamah yang lebih tinggi terpaksa diikuti oleh mahkamah bawahan tanpa mengambil kira keputusan betul atau sebaliknya. Doktrin ini bertujuan memastikan keseragaman keputusan mahkamah. Ia juga bagi menjamin mahkamah bawahan mengikuti keputusan mahkamah atasan.



Realitinya memang banyak kes di mana mahkamah bawahan tidak mengikuti prinsip ini secara harfiah dengan memberi pelbagai alasan termasuk membezakan kes mahkamah bawahan itu dengan kes diputuskan mahkamah yang lebih tinggi.

Sebagai seorang dilatih dalam bidang guaman sivil dan syariah, saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan terhadap isu ini dan membuat perbandingan apa yang berlaku di mahkamah syariah untuk tatapan pembaca.

Prinsip stare decisis ini sebenarnya tidak terpakai di mahkamah syariah. Tiada doktrin duluan mengikat yang diamalkan di mahkamah syariah. Namun dalam membuat sebarang keputusan di mahkamah syariah, hakim mahkamah bawahan perlu menghormati prinsip kes diputuskan mahkamah yang lebih tinggi.

Tahap penghormatan ini pula tidaklah sampai mengikat mereka membuat keputusan. Penghakiman mahkamah yang lebih tinggi mempunyai nilai mempengaruhi keputusan mahkamah bawahan saja.

Prinsip asas di mahkamah syariah ialah apabila seseorang hakim itu berijtihad dan ijtihadnya itu betul, maka beliau akan mendapat dua pahala tetapi sekiranya ijtihadnya itu salah beliau masih mendapat pahala. Pahala ini adalah kerana usahanya membuat ijtihad dengan bersungguh. Jadi perkara yang paling penting ialah proses itu sendiri dan bukan hasilnya.

Dalam surat yang ditulis oleh Saidina Umar al Khattab kepada Kadi Kufah iaitu Abu Musa Al asyh'ari yang bermaksud, Dan sesiapa yang mendakwa sesuatu hak yang tidak ada di tempatnya, atau suatu bukti, berilah tempoh kepadanya sampai ia dapat membuktikan dakwaannya. Kemudian kalau dia dapat membuktikan dakwaannya maka berilah haknya itu tetapi kalau dia tidak mampu membuktikannya maka dia berhak dikalahkan kerana yang demikian itu lebih mantap bagi kegagalannya dan lebih menampakkan barang yang tersembunyi.

"Dan jangan sekali-kali menghalang-halangi kepadamu sesuatu keputusan yang telah engkau putuskan pada hari ini, kemudian engkau tinjau kembali lalu engkau memperoleh petunjuk agar engkau kembali kepada kebenaran kerana sesungguhnya kebenaran itu harus didahulukan, tidak dapat dibatalkan oleh apapun sedangkan kembali kepada kebenaran itu lebih baik dari terus berada dalam kebatilan."

Jelas maksud surat itu adalah sesuatu keputusan yang salah boleh dipinggirkan oleh hakim tanpa mengira tahap atau hirarki mahkamah itu sendiri kerana apa yang penting ialah memberi keadilan dalam sesuatu keputusan.

Di sini nampak matlamat kehakiman Islam hanyalah untuk menegakkan keadilan. Keadilan itu bukan hanya dilakukan tetapi hendaklah dilihat juga sebagai sudah dilakukan. Islam mengakui hakikat seorang hakim walau setinggi manapun kedudukannya mungkin akan tersilap dalam penghakimannya. Oleh itu, kepatuhan secara membuta tuli tidak perlu diberikan kepada hakim mahkamah atasan.

Prinsip digariskan dalam surat Saidina Umar ini dipakai mahkamah syariah sejak sekian lama memastikan penggunaannya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengeluarkan arahan amalan diikuti oleh mahkamah syariah iaitu arahan amalan yang menyatakan mahkamah bawahan hendaklah menghormati keputusan mahkamah yang lebih tinggi.

Walaupun tahap pematuhan dikenakan kepada hakim mahkamah bawahan di mahkamah syariah hanya sekadar menghormati saja, kita tidak pernah mendengar mahkamah syariah bawahan menuding jari kepada pihak mahkamah atasan kerana silap. Hal yang sedemikian tidak berlaku di mahkamah sivil walaupun doktrin stare decisis terpakai kepada mereka.

Arahan amalan itu juga menjamin kreativiti kehakiman yang mana hakim mahkamah syariah tidak mengambil jalan mudah dalam menggarap keputusannya dengan hanya berkata beliau terikat dengan keputusan mahkamah yang lebih tinggi. Hakim mahkamah syariah perlu membuat penghakiman yang mana beliau yakin atas keputusannya dan bukan dihadkan oleh mana-mana keputusan lain.

Keputusan mahkamah yang lebih tinggi itu sekadar menjadi panduan dan pedoman kepada hakim mahkamah bawahan untuk membuat keputusan. Apatah lagi pada masa ini, kes di mahkamah syariah mula dilaporkan dengan cara lebih sistematik umpamanya dalam Jurnal Hukum, Syariah Law Report dan Laporan Syariah.

Dengan cara ini hakim mahkamah syariah dapat memperkayakan ilmu mereka dan membuat perbandingan kes dibicarakan di hadapan mereka. Tiada satu kes yang fakta dan persoalannya sama dengan kes lain. Dari sudut itu memang wajar ada sedikit perbezaan antara keputusan mahkamah itu.

Perbezaan itu perlu dilihat dari lensa positif. Ia membuka ruang kepada ijtihad dan mengelakkan ketidakadilan di samping menyesuaikan sesuatu penghakiman itu dengan fakta kes kesesuaian masa dan sebagainya.

Perbezaan pandangan sebenarnya bukanlah kelemahan di kalangan umat Islam. Ia adalah manifestasi keanjalan undang-undang Islam yang boleh disesuaikan mengikut masa dan tempat. Tiada salah kita berbeza pandangan tetapi perbezaan ini mestilah ditangani dengan cara yang penuh hikmah.

Dalam Islam ada adab yang digariskan apabila kita berbeza pandangan. Adab ini atau apa yang dipanggil sebagai adab al ikhtilaf mesti dihayati bagi mengelakkan kita terjerumus ke lembah perpecahan.

Di dalam sistem kehakiman, keadilan adalah elemen yang tidak boleh diketepikan. Namun pendekatan yang diambil dalam mencapai keadilan itu adalah berbeza antara satu sistem dengan sistem yang lain. Ternyata sistem yang ada dirumuskan dalam Islam adalah lebih baik, beradab dan praktikal di dalam mencari jalan penyelesaian ke arah menghadirkan keadilan kepada pihak yang bertikai.

Apatah lagi sistem yang diguna pakai di mahkamah syariah yang lebih bersifat 'inquisitorial' berbanding mahkamah sivil yang mengamalkan sistem 'adversarial'. Oleh itu hakim di mahkamah syariah perlu lebih memainkan peranan dalam prosiding mahkamah berbanding rakan mereka di mahkamah sivil.

Read More..
Posted on 9:44 PM by peguamuda and filed under | 1 Comments »

Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan 2009


Tarikh:
12-13 Disember 2009

Tempat:
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Anjuran Bersama:

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

dengan kerjasama

Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-universiti Malaysia (MATDUM)

dan

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


Latar Belakang

USIM sebagai Sekretariat Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-Universiti Malaysia (MATDUM), telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan (PMMS) yang pertama di Malaysia. Ini adalah julung-julung kalinya pertandingan seumpama ini diadakan melibatkan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara. Penganjuran pertandingan seumpama ini akan memartabatkan undang-undang syariah seterusnya memperlihatkan kepada pelajar dan kepada umum tentang pemakaian undang-undang syariah substantif dan prosedural sesuai dengan amalan undang-undang syariah di negara ini. Bagi mengekalkan mutu pertandingan, soalan mut disediakan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), sebuah badan bebas, berkelayakan dan berautoritatif di dalam amalan perundangan syariah di Malaysia. Langkah ini diambil selaras dengan penyediaan soalan di dalam penganjuran pertandingan mut lain di peringkat Malaysia dan Antarabangsa seperti LAWASIA International Moot (”LAWASIA”) yang disediakan oleh Majlis Peguam Malaysia, International Humanitarian Law Moot Court Competition oleh International Committee of the Red Cross (ICRC) dan The Phillip C. Jessup International Law Moot Court Competition (”Jessup”) oleh International Law Students Association. Pertandingan ini akan dihakimi oleh hakim-hakim syarie, peguam-peguam syarie, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh penting di dalam amalan perundangan syariah negara.


Objektif

  1. Menjadi sebuah pertandingan mut syariah berprestij pertama di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia;
  2. Memartabatkan undang-undang syariah di dalam arus perdana melalui pertandingan mut, setara dengan metode dan amalan disiplin pengajian undang-undang sivil di Malaysia;
  3. Melibatkan pelajar-pelajar syariah dan pengajian Islam di dalam penyediaan hujahan bertulis dan penghujahan oral secara profesional;
  4. Mewujudkan persaingan sihat dikalangan peserta, jurulatih, penyelidik mut dan penyokong mut khususnya dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia amnya.

Read More..
Posted on 3:21 AM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

*** MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI ***


Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

Wallahu A'lam...

Read More..
Posted on 4:53 AM by peguamuda and filed under | 2 Comments »

Pemergian Yang Pasti...


Semalam baru sahaja aku mendengar berita pemergian seorang pelajar Diploma Undang-Undang ke Rahmatullah dan aku terkejut dengan berita pemergiannya... aku dan sahabat-sahabatku baru sahaja menziarahi beliau beberapa jam sebelum beliau pergi menyambut seruan Ilahi...Semasa menziarahi beliau di hospital, Aku sayu melihat keadaannya terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dipenuhi dengan wayar-wayar utk bantuan pernafasan...lebih sayu lagi bila melihat ibu bapa beliau yang sedang bersedih kerana puteri mereka sedang bertarung nyawa...Bayangkan, beliau telah kembali ke sisi Allah S.W.T dalam umur yang masih muda, yang mana muda-mudi yang sebaya dengannya sedang menikmati kehidupan muda mereka...Sesungguhnya, kematian tidak mengira umur sesiapa...muda atau tua...kematian itu sesuatu yang pasti sebagaimana Firman-Firman Allah di dalam kitabNya;

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati"
(Ali-Imran: 185)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) "
(Al-Jumu'ah: 8)

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)"
(Nuh: 4)

Justeru aku berpesan kepada diriku dan juga kepada semuanya agar jangan kita leka dengan keasyikan dunia... Kita tidak mengetahui bila giliran kita akan pergi menghadapNya...

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan
anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) . Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah
baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh". Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan- Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.

(al-Munaafiquun: 9-11)

Perbanyakkanlah mengingati mati sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W;

"Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian"
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

dan perbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T sebagai bekalan untuk kita kelak...Sama-samalah kita renungi dan hayati...

Read More..
Posted on 6:55 PM by peguamuda and filed under | 1 Comments »

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI


BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
? SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.
? JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.
? TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
? KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
? KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Petikan daripada Berita Minggu
2 Oktober 2005

Read More..
Posted on 2:36 AM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

SEJARAH PALESTIN & ISRAEL


Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.
Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.

Read More..
Posted on 9:03 PM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

PEREMPUAN & TUDUNG


1. kenape pompuan cantik pakai tudung...
sebab dier nak tutup aurat…

2. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier jage maruah..diri..dan keluarga…

3. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab.. sebab dier cantik..

4. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali
pada yang berhak..

5. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri…

6. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier anak solehah…

7. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

8. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier hormati orang lain..

9. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab takut apabile dier tak pakai tudung
orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

10. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

11. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab tak nak menyusahkan orang lain..

12. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat pahala..

13. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah..

14. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab supaya dpt menjadi contoh pada
perempuan lain..

15. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker
dier..

16. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab mendengar suruhan nabi…

17. kenape pompuan caantik pakai tudung…
sebab rambut perempuan adalah mahkota
baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya
menunjuk kpd lelaki..kerana jika die menunjuk
maknanya die dah tak bernilai kerana mahkota die telah
dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

18. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

19. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab patuh pada suami..

20. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab plg penting..die orang islam…

21. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dalam Al-Quran suruh die pakai
tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd
Al-Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

22. kenapa pompuan cantik pakai tudung…
pasal korang mmg cantik laa kalau pakai
tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg
pakai tudung…aku tahu sebab aku lelaki..

23. kenapa pompuan cantik pakai tudung..
pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung
diorang akan “syok sendiri” yang diorang tu lawa…
rugi laa kalau camtu…pakailaa tudung wahai muslimah
Islam..serius ni…

24. kenapa pompuan cantik pakai tudung..
pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia
pasal nafsu semata2….mesti nak kat dia pasal
agama dan akalnya yg baik….

25. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab ……byk lagi sebab…

JADI PEREMPUAN DI LUAR SANA MARI LAH
MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI
TUDUNG
SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA
AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI
PERINTAHNYA
JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA…………..
KALO KORANG PAKAI TUDUNG MESTI LELAKI
YANG BAIK AKAN MENDEKATI ANDA….DAN
LELAKI YANG JAHAT AKAN MENJAUHI ANDA
INSYA ALLAH…
INGATLAH…MENUTUP AURAT ITU ADALAH
WAJIB…SEPERTI SURUHAN ALLAH YANG LAIN
SEPERTI SOLAT PUASA ZAKAT….
JIKA ANDA MENUNAIKAN SOLAT KERANA
MEMATUHI PERINTAH ALLAH….MAKA
PAKAILAH TUDUNG JUGA KERANA MEMATUHI
PERINTAH ALLAH……
RUKUN IMAN YANG PERTAMA BERIMAN
KEPADA ALLAH….DENGAN MEMATUHI
PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN
LARANGANNYA…..
SEKIRANYA ANDA TIDAK MENUTUP
AURAT…INI BERMAKNA ANDA TIDAK
MEMATUHI RUKUN IMAN YANG
PERTAMA……….
forward dr insan bernama lelaki………..utk
renungan wanita………..

“kehidupan di dunia tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan”
Ali Imran 185….

Read More..
Posted on 9:50 AM by peguamuda and filed under | 3 Comments »

Menyepi Seketika...

Salam buat semua sahabat... 5 hari meninggalkan laptop terasa macam lama sangat. Saya terpaksa berjauhan dengan laptop kesayangan sebab kerja-kerja penting yang perlu diselesaikan. Lepas ni pun terpaksa berjauhan plak sebab nak hantar servis. Warranty ada sebulan lagi. So, rugi kalau tak manfaatkan. Hehehe... Insyaallah, baki hari-hari yang ada sebelum hantar servis ni bolehla post apa yang patut... Jumpa lagi...


Read More..
Posted on 7:20 AM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

CUKUP SUDAH, 100 ORANG TELAH DIBUNUHNYA...


Allah menilai sama ada kita telah menempuh jalan-Nya, bukannya sama ada kita sampai atau tidak kepada tujuan atau matlamatnya.

Untuk membuktikannya, mari kita ikuti kisah menerusi sebuah hadis panjang, riwayat al-Bukhari ini:

Di zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia didatangi rasa bersalah dan ingin bertaubat. Dia berjumpa seorang alim lalu berkata, Saya telah membunuh 99 orang. Kini saya ingin bertaubat. Apakah Allah akan terima taubat saya ini?"

Dijawab si alim, "Oh, tidak ada jalan bertaubat bagi kamu. Dosa kamu sangat besar!" Lelaki itu merasa marah dan geram, lalu dibunuhnya orang alim ini. Cukuplah kini seramai 100 orang telah dibunuhnya.

Lelaki itu kemudian bertemu dengan ulama lai. Ulama kedua memberitahunya, "Kamu boleh diterima taubat dengan syarat kamu pergi ke satu tempat di mana tempat itu ramai orang mengingati Allah. Kamu pergi ke sana, taubat kamu akan diterima di situ. Kamu berusahalah ke sana." Orang lelaki tadi pun mulalah berjalan. Belum sempat dia tiba di tempat tersebut, telah sampai ajalnya, malaikat Izrail mencabut nyawanya.

Setelah malaikat Izrail mencabut nyawa orang itu, dia akan serahkan rohnya sama ada kepada malaikat azab ataupun malaikat rahmat. Waktu itu malaikat azab dan malaikat rahmat berbalah sesama mereka. Malaikat azab berkata, "Roh ini patut diserah kepadaku, kerana orang itu telah membunuh 100 orang, dan belum sampai lagi ke tempat taubat." Malaikat rahmat pula berkata, "Tidak. Roh ini patut diserah kepadaku. Walaupun dia bertaubat, dia sudah pun berjalan menuju ke tempat taubatnya."

Dalam keadaan itu, Allah S.W.T memberi keputusan-Nya, bahawa roh orang itu adalah milik malaikat rahmat, kerana walaupun dia belum sampai ke tempat taubat, tetapi dia sudah menempuh jalan itu.

Read More..
Posted on 7:14 AM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

KEWAJIPAN BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA BERIMAN



Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud "perhiasan tubuh yang zahir" itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu.

Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.
Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa : “ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.

Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…" (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri. Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa langsung. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan RasuNya.

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

Read More..
Posted on 9:53 AM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

Mahasiswa oh Mahasiswa....

Semasa saya menjenguk ke laman blog sahabat saya, saya tertarik dengan isu yang dikemukakan iaitu peranan mahasiswa dalam mendekati muda-mudi yang bermasalah...
Peranan mahasiswa adalah luas. Bukan sekadar belajar untuk mendapatkan segulung sijil sahaja tapi peranan sosial mereka dalam membentuk masyarakat. Mahasiswa adalah ikon masyarakat. Tapi, apa yang saya dapat lihat peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mahasiswa dalam membentuk masyarakat ke arah yang betul telah menyimpang. Sebaliknya mereka pula yang memainkan peranan dalam membentuk masyarakat yang bermasalah. Saya amat sedih dan malu dengan keadaan sekarang ni. Mahasiswa yang dikatakan mempunyai tahap intelektual yang tinggi turut sama terlibat dalam masalah sosial seperti perlakuan zina, dadah, arak dan sebagainya. Mahasiswa yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat akhirnya menjadi contoh "terbaik" dalam arena gejala sosial. Apa yang menyedihkan lagi adalah melibatkan sebuah kaum yang termaktub identitinya dalam perlembagaan Malaysia dan agama yang dianutinya juga menjadi agama rasmi negara Malaysia. Apa sudah jadi? Inilah yang dikatakan walau setinggi mana kamu belajar kalau tidak disertakan dengan akhlak yang baik tiada gunanya. Sama-sama kita renungkan hal ini.

Read More..
Posted on 5:33 PM by peguamuda and filed under | 3 Comments »

KEGAGALAN

Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal
Ia bermakna saya belum lagi Berjaya...
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa
Ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara
Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan
Ia bermakna saya ada keyakinan yang kuat untuk mencuba sesuatu
Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan
Ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa-apa kejayaan
Ia bermakna kini saya perlukan sesuatu dengan cara yang lain
Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercemar
Ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna
Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya
Ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan kehidupan baru
Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah
Ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan berjaya
Ia bermakna saya perlu banyak bersabar
Orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah membuat
apa-apa….

Read More..
Posted on 9:40 AM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

HIDUP PERLU RASIONAL

Dalam kehidupan kita, memang ada bermacam jenis manusia dengan pelbagai kerenah dan ragam. Bak kata orang, “Rambut sama hitam, hati lain-lain”. Jadi memang sukar nak “dikenali” hanya dgn melihat sifat luaran sahaja. Begitu juga tanggapan seseorg dlm menjalani kehidupan. Ada yang menerimanya dengan rasional dan mampu berfikiran terbuka. Sebaliknya tak kurang juga yg kurang rasional.


Dalam merentasi kehidupan ini, memang banyak rintangan, dugaan dan cabaran yg terpaksa ditempuhi. Bukan mudah utk merencanakan kehidupan apatah lagi tanpa azam dan iltizam yg sepatutnya disematkan dalam diri masing-masing, membuatkan kita sukar utk menuju ke hadapan.

Di dalam kehidupan ini, ada juga di antara kita yg lebih suka bergantung hidup dgn org lain dan tidak berkeyakinan utk berdikari. Terutamanya jika berhadapan dengan masalah, ini akan membuatkan kita berasa gentar utk menghadapinya berseorangan. Ada juga yg tidak sanggup menerima sebarang masalah kerana ini akan membawakan tekanan perasaan dalan hidupnya seterusnya menimbulkan rasa gelisah, murung dan kebimbangan. Ia menunjukkan betapa rapuhnya daya ketahanan diri terutamanya dari segi mental kerana “tidak kebal” apabila menghadapi sesuatu tekanan. Justeru, ada yg mengambil jln singkat utk “melenyapkan” masalah itu dgn bertindak di luar batasan seperti membunuh diri, mengambil minuman keras, pil khayal dan sebagainya. Jalan-jalan penyelesaian sebegitu sebenarnya bukan satu tindakan yg bagus dan bermakna kerana ia akan mendatangkan implikasi yg lebih besar ke atas diri sendiri.

TEMPUHI KEHIDUPAN DENGAN SEMPURNA

Sebagai manusia yg berakal dan beradab, kita seharuslah menghargai kehidupan yg nyata ini. Memang bukan semua manusia sentiasa bernasib baik dalam kehidupan kerana putaran hidup ini bagaikan roda. Ada masanya kita akan berada di “bawah” dan inilah cabaran yg harus ditempuhi. Sebenarnya kehidupan adalah kesinambungan utk menuju ke alam yg lebih nyata dan abadi. Percayalah masalah adalah rempah ratus dlm kehidupan.Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari masalah. Selagi manusia bernyawa, selagi itulah cabaran akan mengekori dan mungkin akan menghasilkan masalah yg terpaksa dihadapi. Ibarat pepatah yg diungkapkan oleh professor Hamka, “Manusia memang selalu lalai memperhitungkan bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka secara tiba-tiba dia menjadi bingung lalu menyalahkan org lain atau menyalahkan takdir Ilahi.”Namun sering kali kita akan berasa takut dan bimbang jika sesuatu masalah menimpa. Seolah-olah kita tidak nampak apakah jalan penyelesaian yg bakal merungkai segala permasalahan itu. Ia akan membuatkan kita berasa cemas dan gentar, bimbang masalah tersebut akan terus menghantui hidup. Namun tidak bermakna masalah itu akan terus kekal andai kita bijak utk merungkainya. Jika kita mempunyai cara bagaimana utk mencari jalan penyelesaiannya, maka masalah itu akan terlerai dari diri kita sendiri.

FIKIRLAH SECARA RASIONAL

Sebagai manusia yg dikurniakan akal dan fikiran, seharusnya kita lebih bertindak rasional dlm menghadapi sesuatu situasi. Walaupun situasi itu agak menyulitkan namun tindakan yg diambil itu akan mempengaruhi setiap apa yg kita lakukan. Ada kalanya situasi yg sulit akan menjadi mudah jika kita berjaya mengatasinya dgn penuh rasional. Dan jangan lekas bingung andai masalah itu bertambah rumit hanya kerana kita tidak mempunyai resipi tersendiri bagaimana cara utk meleraikannya.

TIDAK SEMUA MASALAH ITU MENYEKSAKAN

Bukan semuanya masalah itu menjadi racun dalam hidup kita. Jangan menganggap semua masalah yg melanda itu sebagai hempedu kerana ada kalanya ia mendatangkan manfaat dan kebaikan pada diri kita. Terpulang pada jenis masalah yg dihadapi. Bukan itu saja, masalah juga mampu mencabar nilai diri dan maruah, jadi jangan sesekali mempamerkan sikap negatif dan pasif apabila menghadapi masalah.Sebenarnya individu yg bangkit dari kegagalan dan kekecewaan lalu akan lebih bermotivasi tinggi utk menuju ke arah kejayaan. Mereka lebih berkeyakinan dan tabah menghadapi sebarang cabaran yg merintang kerana pengalaman lalu telah berjaya mematangkan diri mereka. Malah mereka juga semakin utuh utk merentasi batas-batas cabaran dan memiliki kekuatan yg lebih nyata utk menempuhnya. Mereka sering menganggap cabaran itu sebagai satu semangat yg boleh membangkitkan keyakinan dlm menghadapi serta menempuh liku-liku kehidupan. Oleh itu berusahalah utk bersikap lebih rasional dalam menempuhi cabaran hidup. Seharusnya tanamlah sikap positif dan lebih terbuka dlm diri kita terutamanya ketika menghadapi situasi yg agak menyulitkan. Jangan sesekali bersikap emosional kerana ia tidak akan mendatangkan kesan yg baik malah mungkin boleh memburukkan lagi keadaan. Bukan itu saja, elakkan dari merasa dukacita dan kecewa yg berpanjangan kerana ia mampu mempengaruhi dan menguasai pemikiran manusia. Kehidupan adalah sesuatu yg perlu dihargai. Org yg berhak menghargai kehidupan adalah diri sendiri. Org yg berhak menghargai kehidupan adalah diri sendiri. Juga kitalah yg berhak dlm menentukan hala tuju dan destinasi. Sebaik saja usia mencecah baligh, kematangan harus lebih terserlah. Jadikan kematangan dan akal fikiran sebagai benteng dalam melaksanakan sesuatu agar hidup ini tidak tergelincir dri landasan yg sepatutnya.

Read More..
Posted on 9:46 AM by peguamuda and filed under | 1 Comments »

TIPS CONTOHI PERIBADI RASULULLAH


Dalam meniti kehidupan, tentu pernah terlintas dalam hati lelaki untuk menjadi individu hebat. Bukan sekadar dilihat hebat oleh wanita, malah dikagumi lelaki lain. Namun, untuk memenuhi definisi mahupun klasifikasi lelaki hebat bukanlah mudah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah keperibadian dan personaliti cemerlang. Namun, bagi segelintir pihak, soal kriteria dianggap terlalu subjektif.




Sehubungan itu, dalam membentuk peribadi dan personaliti hebat, lelaki cenderung menjadikan individu lain sebagai idola. Bagi lelaki muslim, tidak perlu berfikir panjang kerana idola yang harus dicontohi semestinya Nabi Muhammad SAW. Sebagai insan pilihan Allah, Rasulullah saw memiliki sifat terbaik seorang manusia.


“Rasulullah SAW dianggap insan kamil (sempurna). Maka sebagai seorang lelaki, beliau juga pastinya lelaki sempurna.


“Sifat yang ada pada Rasulullah saw harus menjadi ikutan umat Islam kerana apa saja sifat positif, ada pada Baginda,” kata penceramah, Akhil Hayy. Kata Akhil, ramai mengakui Rasulullah saw adalah contoh terbaik. Namun yang menjadi persoalan - sebagai lelaki mampukah kita mencontohi sifat nabi junjungan?


“Kehebatan Rasulullah SAW mampu menggalas tanggungjawab sebagai penghulu, pemimpin, pemerintah, tempat rujukan, bapa, suami dan banyak lagi tanggungjawab dalam satu masa.


“Bukan untuk mengingatkan orang lain tapi juga, diri saya sendiri. Memang sukar menjadi sempurna seperti Rasulullah saw. Tetapi kita dituntut berusaha mencontohinya. Lelaki bersifat seperti inilah sebenarnya maskulin, tampan, macho dan gentleman,” kata beliau.


Lelaki sering dikaitkan dengan tanggungjawab sebagai pemimpin. Bagaimana sifat dan amalan Rasulullah SAW boleh dipraktikkan lelaki?


Dalam kepimpinan, Rasulullah saw lengkap dengan sifat siddiq (bercakap benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (kebijaksanaan). Jika setiap lelaki memiliki keempat-empat sifat ini, bermakna mereka memiliki ciri yang seharusnya dipunyai seseorang pemimpin. Namun, ada masanya, seseorang yang diberi amanah sebagai pemimpin terpedaya dengan godaan hawa nafsu hingga gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya sebagai pemimpin. Oleh sebab itu, seseorang yang bergelar pemimpin perlu sentiasa merujuk kepada empat sifat mulia ini. Apakah mereka sebagai pemimpin, memiliki dan melaksanakan keempat-empat sifat ini?


Dalam Al-Quran, sudah dinyatakan setiap lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Tanggungjawab seorang lelaki sebagai pemimpin pula amat berat. Mereka bukan hanya perlu memimpin satu pihak saja, tapi banyak pihak.


Justeru, seseorang lelaki mesti mengambil berat soal kesempurnaan pelaksanaan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kerana semua ini akan dihitung di akhirat nanti. Kalaupun seseorang lelaki itu cukup amal ibadatnya, namun tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, beliau tetap perlu menanggung balasannya. Bagaimana seseorang lelaki harus menjadikan Nabi SAW sebagai ikutan dalam konteks menjadi anak yang baik?


Jika kita rujuk kepada sirah, Nabi Muhammad SAW membesar sebagai anak yatim piatu. Hidupnya juga serba kekurangan, namun keadaan itu tidak membataskan dirinya untuk menjadi manusia cemerlang.


Iktibar dari kehidupan Baginda antaranya ialah sedangkan Baginda tidak dapat merasai kasih sayang ibu bapa dan hidup serba kekurangan mampu menjadi menjadi manusia hebat dan pemimpin ulung, apatah lagi kita yang masih mempunyai ibu bapa dan membesar dalam kehidupan yang selesa dan cukup serba-serbi ini.


Bagaimana pula contoh sifat Rasulullah sebagai suami?


Dalam soal perkahwinan, memang ramai lelaki mahu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Namun, apa yang patut dicontohi sifat Baginda sebagai seorang suami ialah bagaimana Baginda memimpin isterinya. Ini termasuk bagaimana beliau sentiasa mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan isterinya.


Mungkin kisah sahabat Nabi, Saidina Umar Al Khattab pada zaman pemerintahan beliau (Umar) boleh dijadikan panduan. Suatu hari, seorang lelaki ingin berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu mengenai isterinya yang sering membebel. Namun, ketika beliau mahu bertemu Saidina Umar di rumahnya, beliau terdengar dari luar, isteri Saidina Umar sedang membebel. Namun, tidak terdengar pula suara Saidina Umar ‘membalas’ bebelan isterinya itu. Melihat keadaan itu, lelaki berkenaan membatalkan hasratnya untuk mengadu masalahnya kerana memikirkan, khalifah seperti Umar pun dibebel isteri. Apatah lagi lelaki biasa seperti beliau. Kemudian, apabila bertemu semula dengan Saidina Umar, beliau bertanya, mengapa membiarkan isterinya membebel kepadanya. Lalu, Saidina Umar menjawab, “Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku, rumah tangga kami. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku,”.


Ini menggambarkan betapa kesabaran harus menjadi sifat yang perlu ada pada seseorang suami dalam memastikan kebahagiaan rumah tangga. Hendak menegur kesalahan isteri juga perlu dilakukan secara berhikmah.


Setiap lelaki harus ingat, bermula saat diijab kabul dengan seseorang wanita, merekalah yang perlu menggalas tanggungjawab terhadap isteri hingga meninggal dunia.


Apa agaknya panduan menjadi bapa mengikut modul amalan Rasulullah SAW?


Menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam situasi sekarang memang agak tinggi cabarannya. Dalam mendidik anak-anak, apa yang kita boleh lihat contoh sifat Rasulullah sebagai bapa adalah, Baginda menjadi rakan kepada anak-anaknya.


Dengan cara itu kita dapat lebih memahami anak-anak. Dalam pada itu, sikap tegas juga perlu dipraktikkan dan bila anak-anak sampai ke sesuatu peringkat umur, ajar mereka untuk melaksanakan ibadat.


Apa persepsi baginda mengenai golongan wanita?


Pada zaman jahiliah, kedudukan wanita sering diletakkan pada tahap yang rendah dalam masyarakat. Hanya selepas kedatangan Islam, wanita diangkat martabatnya. Hak wanita juga dipelihara. Seperti yang saya katakan, lelaki dipertanggungjawab membimbing golongan wanita, bukan merosakkan.


Paling penting, ingatlah, apa yang dikatakan paling menggembirakan Rasulullah adalah wanita solehah.


Apabila diberikan kerja dan tanggungjawab, lazimnya lelaki akan merasa beban untuk menyempurnakannya. Apakah contoh sifat Baginda yang boleh dicontohi dalam melaksanakan tugas?


Rasulullah, apabila menerima sebarang amanah atau tanggungjawab, Baginda akan melakukan yang terbaik. Selepas melakukan yang terbaik, tapi masih tidak memperoleh hasil seperti yang diinginkan, barulah Baginda berserah kepada Allah SWT.


Maksudnya, kita sebagai manusia, mesti berusaha paling maksimum dalam melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan. Jangan pernah ada sikap putus asa. Apa yang utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah keberkatan yang dapat kita peroleh daripadanya.


Mengapa agaknya, kita sering lupa untuk mencontohi sifat dan keperibadian Rasulullah dalam menjalani kehidupan sedangkan ia adalah contoh terbaik?


Masyarakat kita ini, apabila berlaku masalah atau kepincangan dalam masyarakat, rata-ratanya lebih suka menuding jari kepada orang lain dan menuduh orang lain yang menjadi punca terjadinya masalah itu.


Jarang kita hendak periksa, apakah tindakan yang kita lakukan sebagai satu jemaah dalam menangkis semua punca masalah yang berlaku dalam masyarakat. Siapa yang membenarkan pengaruh negatif dari luar masuk ke dalam jiwa masyarakat kita?


Kita sendiri yang sebenarnya gagal untuk menghadapi perang yang paling besar iaitu hawa nafsu. Antara penyebabnya adalah sikap kita yang terlalu membudayakan agama, yang mana kita cuma rujuk kepada agama dalam sesetengah perkara saja sedangkan Islam itu adalah suatu cara hidup!


Oleh itu, tidak seharusnya kita menjadikan pihak lain sebagai alasan kegagalan kita sendiri. Padahal, kita sudah ada contoh terbaik (ajaran Rasulullah SAW) untuk diikuti tapi kita sering terleka dan memilih contoh yang tidak sepatutnya.


Lelaki kerap dikaitkan dengan sifat ego mereka. Mungkin ada kisah Nabi berhubung soal ego ini yang boleh dijadikan panduan?


Jika dapat kita kaitkan dengan persoalan ego lelaki ini, dalam satu kisah, Nabi bermusafir di sebuah kawasan yang didiami puak Arab Badwi. Kemudian, untuk menuju ke satu tempat yang lain, Nabi memilih sebuah laluan jalan berbanding jalan lain yang ada.


Seorang lelaki dari puak Arab Badwi ini bertanya kepada Baginda, adakah pemilihan laluan ini berdasarkan wahyu daripada Allah? Nabi menjawab, tidak. Lalu, lelaki berkenaan berkata, beliau sudah lama mendiami kawasan berkenaan dan beliau lebih tahu mengenai selok-belok jalan di situ lantas menunjukkan jalan yang sepatutnya dilalui.


Kalau adanya sifat ego pada Rasulullah SAW, sebagai seorang Nabi dan juga pemimpin disegani, sudah tentu Nabi menolak pendapat yang diusulkan lelaki berkenaan. Tapi, Nabi menerima pendapat lelaki berkenaan dan mengikut jalan yang dinyatakan beliau.


Moralnya di sini, kita sebagai lelaki tidak perlulah ego tidak bertempat. Perlu juga ada ‘give and take’.


Janganlah sampai tidak boleh ditegur atau dikritik langsung. Kuasa atau kedudukan sebagai lelaki sepatutnya digunakan untuk membendung sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Read More..
Posted on 1:35 AM by peguamuda and filed under | 3 Comments »

Nikmat cinta



EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.


Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.

Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.

Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.
Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.

Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit

Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.

Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.

2. Buang sikap risau

Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.

Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.

3. Belajar bersyukur

Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.

Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar jadi pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.

Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.

Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.

Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah fikiran

Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.

Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.

Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.

7. Hati mesti 'keras'

Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.

Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.

Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.

Read More..
Posted on 6:34 PM by peguamuda and filed under | 0 Comments »

Kedudukan Wanita Dalam Islam


Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri"..


Ayat di atas menerangkan mengenai kedudukan wanita di dalam Islam. Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Malah, Al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dalam Al-Quran dengan nama surah An-Nisa' yang membawa maksud wanita. Begitu juga terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang membincangkan mengenai nasihat supaya berbuat baik terhadap wanita sebagaimana yang terdapat dalam kitab Riyadhussolihin karangan Imam An-Nawawi.

Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliyyah. Hadis nabi juga menyebutkan mengenai ganjaran pahala bagi sesiapa uang diuji dalam memelihara anak perempuan bahawa orang itu akan bersama dengan nabi di akhirat kelak. Kesemuanya ini membuktikan pandangan Islam yang tinggi terhadap kaum wanita. Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan wanita.

Menyedari peranan wanita dalam pembinaan pembangunan umat Islam itu sangat penting, musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk merosakkan wanita dengan pelbagai cara dan strategi. Atas nama kebebasan, mereka berusaha meracuni pemikiran wanita Islam dengan pelbagai tipu daya dan godaan supaya mereka jauh dari landasan Islam yang sebenar. Sedangkan Islam meletakkan wanita dalam kedudukan yang tinggi dan mulia berbanding agama yang lain. Beberapa peraturan dan tuntutan yang berkaitan dengan wanita Islam adalah semata-mata untuk menjaga maruah dan kemuliaan mereka. Wanita mempunyai hak dan harus dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian mereka. Layanan istimewa ini bukan sahaja terhadap wanita Islam malah terhadap wanita bukan Islam.

Islam adalah sebuah agama yang memberi perhatian terhadap wanita sejak dari kecil sehingga memasuki alam rumahtangga, kewajipan dan tanggungjawab suami terhadap mereka sehinggalah hak mereka dalam mewarisi harta pusaka. Selain itu, terdapat beberapa peraturan dan tuntutan kepada wanita Islam untuk dipatuhi demi memelihara maruah, kemuliaan dan keselamatan diri mereka. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Wanita Islam hendaklah memelihara pandangan, kemaluan dan tidak menampakkan perhiasan mereka melainkan yang diharuskan sahaja. Ini telah ditegaskan oleh firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya".

Justeru, bapa atau pun suami hendaklah memastikan perkara seperti ini difahami dan dipatuhi oleh ahli keluarga kita yang perempuan.

2. Tempat yang paling baik bagi wanita adalah di rumah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu".

Namun, Islam sama sekali tidak menghalang wanita untuk bekerja mencari rezeki, memberi sumbangan tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan, menjadi pemimpin dan seumpamanya selagi menjaga batasan dan sempadan yang ditetapkan oleh Islam. Islam juga melarang wanita berhias secara keterlaluan seperti amalan wanita zaman jahiliyyah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasaei, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Mana-mana wanita yang memakai minyak wangi, kemudian lalu dihadapan satu kumpulan (manusia) untuk menarik perhatian mereka, maka dia boleh mendorong kepada perlakuan zina".

3. Islam meletakkan peraturan dan tuntutan tertentu bagi menjaga hubungan antara lelaki dan wanita. Antara peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram atau suami isteri sehingga boleh mengundang fitnah atau membawa kepada penzinaan. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Tidak boleh seseorang lelaki dengan seorang wanita bersunyian melainkan dengan mahram".

4. Larangan musafir seorang wanita melainkan dengan mahram. Tuntutan ini juga bukan untuk mengongkong atau menyusahkan kehidupan wanita, tetapi dengan tujuan untuk menjaga dan memelihara mereka dari sebarang gangguan daripada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka dan menjauhkan mereka daripada terjerumus ke lembah kesesatan dan kemaksiatan.

Dari sudut hubungan kekeluargaan dan rumahtangga, Islam meletakkan beberapa tanggungjawab yang terletak dibahu para suami demi menjaga kemuliaan wanita, antaranya;

  1. berbuat baik terhadap wanita
  2. melarang mendera kaum wanita
  3. melayani wanita dengan cara yang terbaik

Oleh itu, marilah kita berusaha membetulkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita dengan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Sedarilah bahawa, wanita merupakan ujian paling besar bagi kaum lelaki. Justeru, kita dituntut menjaga, memelihara, dan menjauhkan mereka daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan mereka. Ketinggian dan kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam terletak di tangan kita semua. Firman Allah dalam surah Ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan diantara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNYa) bahawa Dia yang menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

Wallahua'lam



Read More..
Posted on 10:19 AM by peguamuda and filed under | 2 Comments »

Assalamualaikum...

Selamat Datang ke laman blog saya... this is my first writing n my first experience in blogging... Semoga dapat kita berkongsi idea-idea yang bernas untuk faedah kita bersama...

Read More..
Posted on 10:10 AM by peguamuda and filed under | 0 Comments »